Diploma ini memberi tumpuan kepada pembangunan, pengetahuan dan pelaksanaan amalan halal di pelbagai industri yang berbeza di Malaysia, terutamanya dalam operasi pengeluaran dan pengurusan. Ia adalah satu disiplin pengajian yang memerlukan graduan untuk dapat mengembangkan dan mencipta produk Halal baru termasuk makanan dan bukan makanan. 

Pelajar dapat menunjukkan pengetahuan, kefahaman dan keupayaan untuk menyediakan produk halal yang cemerlang serta memastikan amalan halal dilaksanakan dalam keseluruhan segmen industri halal di Malaysia. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk memainkan peranan di masa hadapan sebagai eksekutif halal atau usahawan halal dalam ekonomi dengan membina asas kukuh dalam pengetahuan industri halal dan kemahiran penting yang berkaitan di pelbagai sektor industri halal.

Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam manamana subjek

ATAU

ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan minimum Gred C(NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran;
ATAU
iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum gred Maqbul;
ATAU
iv. Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
ATAU
v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3,MQF) dalam bidang yang berkaitan.

ATAU

vi. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

 

 

PELUANG KERJAYA :
– Food & Beverage (F&B) Managers, Food Retails Managers, Restaurant Managers, Halal Auditor, Halal Executive, Halal Butcher, Halal Product & Services Entrepreneur, Quality Controller, Health Inspector/dietary controller, Halal Enforcement Officer & Quality assurance
personnel

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN
Pelajar boleh sambung di Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu,
Universiti Teknologi Mara, USIM dan lainlain.

No Ruj MQA No Ruj KPT Tempoh Pengajian
MQA 600-2/1/6 Jld. 96 (25)
(N/345/4/1104) 08/2023
3 Tahun

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  • Fiqh Tathir
  • Pengantar Halal & Haram Dalam Islam
  • Ko-kurikulum
  • Bahasa Arab 1
  • Introduction to Halal Industry
  • Computing Technology
  • Usul Fiqh

Semester 2

  • Introduction to Manufacturing
  • Halal Legal Control
  • Pengantar Pemikiran Kritis dan Kreatif
  • Business Communication I
  • Mathematics for Manufacturing
  • Fiqh Muamalat
  • Halal Malaysian Standard & Certification Procedure

Semester 3

  • Qawaid Fiqhiyah
  • Pengajian Malaysia 2
  • Business Communication II
  • Manufacturing Drawing
  • Unit Operation
  • Food Preservation
  • Halal Ingredients & Additives in Manufacturing

Semester 4

  • Halal Supply Chain & Logistics
  • GMP & HACCP
  • Etika & Moral
  • Halal Cosmetics and Pharmaceutical
  • Asas Keusahawanan
  • Halal Product  Processing Technology
  • Bussiness Accounting and Costing

Semester 5

  • Khidmat Sosial
  • Islamic Financial System
  • Halal l Auditing & Trouble Shooting in Manufacturing
  • Product Development & Innovation
  • Halal and Quality Assurance in Manufacturing
  • Introduction to OSH & Legislation

Semester 6

  • Latihan Industri