DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA

Diploma Komunikasi dan Media adalah program di bawah Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK), Kolej UNITI. Program ini dibangunkan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang peranan media massa berikutan perkembangan terkini yang juga membantu pembangunan pelbagai organisasi.

Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang komunikasi massa. Selain dapat memupuk kreativiti dan inovasi, program ini dapat menanamkan kemahiran interpersonal yang berkesan serta nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar.

Melalui kombinasi teori dan praktikal melalui kajian media yang dilakukan, pelajar berkemahiran dalam penulisan media, produksi audio dan video, penyiaran televisyen dan radio komersil, dan percetakan menggunakan alat dan perisian terkini.

Lulus SPM dengan TIGA (3) kredit termasuk Bahasa Inggeris
Lulus STPM dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam manamana subjek dan kredit Bahasa Inggeris SPM

Lulus STAM dengan Gred Maqbul dan kredit Bahasa Inggeris SPM

PELUANG KERJAYA :
Bidang kerjaya termasuklah PR Eksekutif, Pentadbiran, Pemasaran Profesional, Wartawan,
Pegawai Pengurusan, Wartawan Penyiaran, Pereka Media Digital, Penerbit Media
Elektronik dan Eksekutif Pengiklanan, Penolong Produksi, Penulis Skrip, Pembaca Berita,
Stringer, Penyampai Radio, Pembantu Editorial dan lain-kain


PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-

– Boleh sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang
Kewartawanan, Perhubungan Awam, Penyiaran, Pengiklanan, Penerbitan, Komunikasi
Pengajaran dan Latihan, Interpersonal, Pengurusan Komunikasi dan Polisi
.

No Ruj MQA No Ruj KPT Tempoh Pengajian
FA1892
N/321/4/0068
3 Tahun

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  • Pengenalan Kepada Komunikasi Media
  •    Asas Pengiklanan
  •    Pengenalan kepada Sosiologi
  •    Komputer dalam Komunikasi
  •    Foundation English
  •    Pengajian Malaysia 2

Semester 2

  • Asas Kewartawanan
  •    Komunikasi Fotografi Digital
  •    Komunikasi Interpersonal
  •    Pengucapan Awam
  •    Intermediate English
  •    Pengantar Pemikiran Kritis & Kreatif / Bahasa Kebangsaan

Semester 3

  • Aplikasi Multimedia
  • Asas Penyiaran
  • Penerbitan Desktop
  • Media Baru Dan Rangkaian Sosial
  • Penulisan Kreatif
  • English For Academic Purposes

Semester 4

  • Undang-Undang dan Etika Media
  •    Komunikasi dan Pengurusan Acara
  •    Perhubungan Awam
  •    Penerbitan Radio
  •    Professional Communication
  •    Etika dan Moral di Malaysia

Semester 5

  • Media Teknologi & Masyarakat
  •    Penerbitan Video / Televisyen
  •    Metodologi Penyelidikan
  •    Pengumpulan dan Penulisan Berita
  •    Komunikasi Kepimpinan
  •    Khidmat Sosial

Semester 6

  • Latihan Industri