DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Merupakan bidang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor industri mahu pun akademik yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Program ini adalah hasil gabungan semua pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang terutamanya dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang menyentuh perkembangan psikologi, pengurusan, keusahawanan dan disiplin lain.

Pembelajaran secara teori juga  praktikal yang aktif memberikan nilai tambah dan kemahiran kepada pelajar untuk memahami amalan dan aplikasi sebenar di industri kanak-kanak. Kurikulum Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak direka sesuai dengan teknik pengajaran kreatif juga meraikan fitrah kanak-kanak dalam konsep perkembangan menyeluruh.

Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam manamana subjek

PELUANG KERJAYA : Bidang kerjaya merangkumi sektor Pendidikan/Asuhan, Keusahawanan (Tadika/Taska),
Pengurusan Pendidikan, Psikologi Kanak-kanak, Pelukis atau penulis buku cerita kanak-
kanak, Pereka alat bantu mengajar dan permainan kanak-kanak, Penolong pegawai
pendidikan,Penolong pegawai kebajikan masyarakat (kanak-kanak).


PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN :-

– Boleh sambung ke peringkat ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak di UKM, UPSI, UNITAR,
UMS, KUIS, KUIM, MSU dan lain-lain.

No Ruj MQA No Ruj KPT Tempoh Pengajian
FA 0648
(N/213/4/0016)
3 Tahun

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

  • Basic English
  • Etika dan Moral
  • Pengenalan Teknologi Maklumat
  • Pengenalan Kepada Falsafah & Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kanak-kanak
  • Isu-isu Semasa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Semester 2

  • Intermediate English
  • Pengajian Malaysia 2
  • Pendekatan Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  •  Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Awal Kanak-kanak
  •  Asas-asas Pendidikan Islam & Moral Awal Kanak-kanak
  •  Merangsang Sosio Emosi Awal Kanak-kanak

Semester 3

  • Bahasa Kebangsaan / Pengantar Pemikiran Kreatif dan Kritis
  • Professional Communication 
  • Pendidikan Nutrisi, Kesihatan & Keselamatan Kanak-kanak
  • Aplikasi Teknologi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  •  Penyediaan Pusat Jagaan/ Asuhan Yang Berkualiti
  •  Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak yang Berkualiti

Semester 4

  • Ekspresi Seni & Kreativiti Kanak-kanak
  • Pendidikan Sains & Numerasi Awal Kanak-kanak
  • Perkembangan Bahasa & Literasi Awal Kanak-kanak
  • Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Merangsang Perkembangan Fizikal Awal Kanak-kanak
  • Khidmat Sosial

Semester 5

  • Pengesanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  • Mengurus Tingkah Laku Kanak-kanak
  • Penyeliaan Dalam Persekitaran Awal Kanak-kanak
  • Amalan Musikal Dalam Meningkatkan Perkembangan Kanak-kanak
  • Merangsang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
  • Keusahawanan

Semester 6

  • Latihan Industri