Kemudahan

Penginapan Pelajar

Kemudahan penginapan asrama disediakan sepenuhnya kepada semua pelajar sehingga tamat pengajian (3 tahun), penginapan jenis apartment dan yang terkini “banglo” khas untuk menampung peningkatan jumlah pelajar yang meningkat. kos- kos lain seperti bil elektrik, air, kos perubatan sekiranya demam atau ke klinik akan diuruskan oleh HEP UNITI.

 

Pengangkutan disediakan dari bangunan kuliah ke asrama. Jadi ibubapa pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar dalam memberikan duit poket.

Kemudahan Rekreasi

Kemudahan bersukan dan berekriasi juga disediakan di UNITI VILLAGE ini. Ada sebuah padang bola serta gelanggang untuk bermain futsal. Selain daripada itu, ada juga gelanggang bola tampar,baling serta ping pong.

Koperasi UNITI - COOP MART

Koperasi Uniti menyediakan khidmat menjual barangan barangan keperluan pelajar seperti alat tulis, makanan kering dan sebagainya.

Pelajar boleh mendapatkan dan membelinya di Koperasi Uniti.

Kemudahan Pembelajaran

Kolej Uniti menyediakan kemudahan yang serba lengkap seperti Perpustakaan , Bilik kuliah yang berhawa dingin, Makmal komputer, Makmal Eletronik, Studio Fotografi, dan pelbagai lagi.