DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT (KUKB)

Pertumbuhan industri Kewangan Islam semakin berkembang dengan pesat, dan ini memerlukan lebih ramai graduan dalam industri ini. Diploma Pengurusan Muamalat memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, dengan tumpuan kepada asas-asas Kewangan Islam. Pelajar juga boleh memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai pelaksanaan secara praktik prinsip kewangan Islam di dunia realiti. Apabila program selesai, pelajar akan memiliki kemahiran industri yang sedia ada dan pengetahuan akademik yang akan memberi mereka kelebihan untuk berjaya dalam industri Kewangan Islam.

Lulus SPM dengan 3 kredit kepujian dalam mana-mana subjek dan LULUS Matematik

PELUANG KERJAYA :
Bidang kerjaya merangkumi sektor Perbankan, Ekonomi / Kewangan, Pengurusan Harta Islam (zakat, faraid, wakaf, takaful), Insurance dan lain-lain.

PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN
-
Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam, Ijazah Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Muamalat, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insuran, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat,
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian

No Ruj MQA No Ruj KPT Tempoh Pengajian
FA3631
(R/340/4/0261) 07/2023
3 Tahun

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1
    • Tasawur Islam
    • Introduction to Economics
    • Ko-kurikulum 1
    • Bahasa Arab
      Perdagangan 1
    • Usul Fiqh
    • Prinsip Pemasaran
    • Prinsip Pengurusan
    • Pengajian Malaysia
Semester 2
  • Aplikasi Komputer
    Dalam Perniagaan
  • Bahasa Arab
    Perdagangan 2
  • Ko-kurikulum 2
  • Fiqh Mualamat
  • Ekonomi Islam
  • Matematik Perniagaan
  • Accounting 1
Semester 3
  • Statistik Perniagaan
  • Fundamentals of Takaful
  • Fundamentals of Finance
  • Pengenalan Sistem
    Kewangan Islam
  • Komunikasi Perniagaan 1
  • Asas Keusahawanan
  • Accounting 2
  • Bahasa Kebangsaan
Semester 4
  • Perbankan Islam
  • ┬áPengurusan Islam
  • Qawaid Fiqhiyyah
  • Komunikasi Perniagaan 2
  • Undang-Undang Komersil
  • Kewangan Dalam
    Perdagangan Antarabangsa
  • Pengajian Islam
Semester 5
  • Operasi Perbankan
    Islam
  • Pengurusan Pelaburan
  • Penilaian & pengurusan
    Pinjaman
  • Komunikasi Profesional
Semester 6
  • Latihan Industri